Isnin, 23 Februari 2015

PANTUN MENANTI KEJAYAAN

Pucuknya angkuh memanjat bukit
Tak sedar akar terendam air parit
Rakyat mengeluh lelah dan sakit
Sedikit diberi banyak diungkit

Tak sedar akar terendam air parit
Berenang keli dan sepat
Sedikit diberi banyak diungkit
Projek mega kroni yang dapat

Berenang keli dan sepat
Diantara beberapa jenis ikan darat
Projek mega kroni yang dapat
Harga naik rakyat hidup melarat

Di antara beberapa jenis ikan darat
Boleh membiak dalam sawah
Harga naik rakyat hidup melarat
Penguasa politik hidup mewah

Boleh membiak dalam sawah
Di antaranya juga ikan haruan
Penguasa politik hidup mewah
Dengan tokeh Cina tetap berkawan

Di antaranya juga ikan haruan
Boleh digunakan sebagai ubat
Dengan tokeh Cina tetap berkawan
Dekat nak mati boleh bertaubat

Boleh digunakan sebagai ubat
Terutama selepas berlaku pembedahan
Dekat nak mati boleh bertaubat
Buat suruhan jauhilah tegahan

Terutama selepas berlaku pembedahan
Luka dalam perut mudah sembuh
Buat suruhan jauhilah tegahan
Solat berjemaah diwaktu subuh

Luka dalam perut mudah sembuh
Air zam-zam terus diminum
Solat berjemaah diwaktu subuh
Bila berpisah muka tersenyum

Air zam-zam terus diminum
Dimulai dengan membaca doa
Bila berpisah muka tersenyum
Memajukan diri dengan berusaha

Dimulai dengan membaca doa
Mahu ikut syariat Islam
Memajukan diri dengan berusaha
Solat tahajjud setiap malam

Mahu ikut syariat Islam
Buat suruhan tinggal larangan
Solat tahajjud setiap malam
Dengannya menanti saja kemenangan


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan