Isnin, 9 Februari 2015

PANTUN TERUS AMALKAN

Air surut perahu melintang
Ditarik arus lalu ke tepi
Kerajaan zalim wajib ditentang
Dengan pidato yang berapi-rapi

Ditarik arus lalu ke tepi
Bawa barangan naik ke darat
Dengan pidato yang berapi-rapi
Selamat rakyat dari melarat

Bawa barangan naik ke darat
Ke semua buah-buah tempatan
Selamat rakyat dari melarat
Dengan manjauhi rancangan syaitan

Ke semua buah-buah tempatan
Termasuk langsat dan mempelam
Dengan menjauhi rancangan syaitan
Serta ikut ajaran Islam

Termasuk langsat dan mempelam
Harga di pasaran sangat sederhana
Serta ikut ajaran Islam
Baru tindakan jadi sempurna

Harga di pasaran sangat sederhana
Mampu dibeli oleh rakyat
Baru tindakan jadi sempurna
Boleh terus menyambung hayat

Mampu dibeli oleh rakyat
Terutama sekali penerima BRIM
Boleh terus menyambung hayat
Lepas tuduhan sebagai ekstrim

Terutama sekali penerima BRIM
Kekal dalam kategori miskin
Lepas tuduhan sebagai ekstrim
Betul aqidah menjadi pemangkin

Kekal dalam kategori miskin
Majoriti dari kalangan Melayu
Betul aqidah menjadi pemangkin
Tetap yakin kebenaran wahyu

Majoriti dari kalangan Melayu
Pendapatan bawah tiga ribu
Tetap yakin kebenaran wahyu
Kesan didikan ayah dan ibu

Pendapatan bawah tiga ribu
Penduduk bandar terasa tertekan
Kesan didikan ayah dan ibu
Ajaran Islam terus diamalkan

Penduduk bandar terasa tertekan
Meningkat naik kos kehidupan
Ajaran Islam terus diamalkan
Penyelamat sebenar dimasa hadapan


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan