Khamis, 4 September 2014

PANTUN TETAPLAH HINA

Buah cempedak buah nangka
Dua jenis buah tempatan
31 Ogos hari Merdeka
Bebas bergerak murid-murid syaitan

Dua jenis buah tempatan
Isinya putih dan kuning
Bebas bergerak murid-murid syaitan
Menyebabkan pemimpin kepala pening

Isinya putih dan kuning
Bila dimakan terasa manisnya
Menyebabkan pemimpin kepala pening
Dari jawatan hidup kaya raya

Bila dimakan terasa manisnya
Kurniaan Allah Maha Esa
Dari jawatan hidup kaya raya
Dengan cara menyalahguna kuasa

Kurniaan Allah Maha Esa
Tuhan pencipta sekalian alam
Dengan cara menyalahguna kuasa
Dari kalangan beragama Islam

Tuhan pencipta sekalian alam
Alam ghaib alam nyata
Dari kalangan beragama Islam
Melalui rasuah kumpul harta

Alam ghaib alam nyata
Cabaran hidup bagi manusia
Melalui rasuah kumpul harta
Jadilah hidup mereka sia-sia

Cabaran hidup bagi manusia
Baik di Timur dan Barat
Jadilah hidup mereka sia-sia
Rugi bila berada di akhirat

Baik di Timur dan Barat
Begitu juga Utara dan Selatan
Rugi bila berada di akhirat
Bila di dunia ikut syaitan

Begitu juga Utara dan Selatan
Diduduki manusia berbilang bangsa
Bila di dunia ikut syaitan
Dalam kubur semuanya binasa

Diduduki manusia berbilang bangsa
Kulit mereka bermacam warna
Dalam kubur semuanya binasa
Pengikut iblis tetaplah hina

Kulit mereka bermacam warna
Mulia mereka kerana iman
Pengikut iblis tetaplah hina
Semasa berkuasa melakukan kezaliman


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan