Isnin, 15 September 2014

PANTUN MUSIM HAJI


Orang tua makan kanji
Makan semasa berbuka puasa
Sekarang masuk musim haji
Didatangi dari berbagai bangsa

Makan semasa berbuka puasa
Dimulai dengan buah kurma
Didatangi dari berbagai bangsa
Melakukan Rukun Islam kelima

Dimulai dengan buah kurma
Boleh dibeli di Pasar Raya
Melakukan Rukun Islam kelima
Bagi yang berdaya-upaya

Boleh di beli di Pasar Raya
Perlu hanya bawa duit
Bagi yang berdaya-upaya
Lambaian kaabah sentiasa menjuit

Perlu hanya bawa duit
Disimpan di Lembaga Tabung Haji
Lembaian kaabah sentiasa menjuit
Dapat motivasi dari mengaji

Disimpan di Lembaga Tabung Haji
Cukup wang bolehlah pergi
Dapat motivasi dari mengaji
Dari tazkirah setiap pagi

Cukup wang bolehlah pergi
Kursus Haji kena datang
Dari tazkirah setiap pagi
Sebelum itu bayarlah hutang

Kursus Haji kena datang
Diakhiri dengan kursus Perdana
Sebelum itu bayarlah hutang
Asas haji mabrur dibina

Diakhiri dengan kursus Perdana
Diadakan di tiap-tiap negeri
Asas haji mabrur dibina
Rezeki halal saja dicari

Diadakan di tiap-tiap negeri
Menanti saja jadual penerbangan
Rezeki halal saja dicari
Jauhi pula semua larangan

Menanti saja jadual penerbangan
Bermula diawal bulan Zulkaedah
Jauhi pula semua larangan
Diakhirat menanti banyak faedah

Bermula diawal bulan Zulkaedah
Ini berlaku setiap tahun
Diakhirat menanti banyak faedah
Haji Mabrur saja dipohon.



HMS ABU BAKAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan