Sabtu, 13 September 2014

PANTUN PENTINGNYA PAHALA

Wanita muda makan jamu
Nampak sihat dan cantik
Beramal lah pula dengan ilmu
Bijak pula bila berpolitik       
                      
Nampak sihat dan cantik
Kesana ke mari di pandang orang
Bijak pula bila berpolitik
Susah musuh hendak meyerang

Ke sana ke mari di pandang orang
Lengkap dengan menutup aurat
Susah musuh hendak menyerang
Beramal ibadat untuk akhirat

Lengkap dengan menutup aurat
Bila keluar dari rumah
Beramal ibadat untuk akhirat
Kesan dari mendengar ceramah

Bila keluar dari rumah
Dalam hati mengingati Allah
Kesan dari mendengar ceramah
Mudah mengatasi segala masalah

Dalam hati mengingati Allah
Buku catatan sentiasa dibawa
Mudah mengatasi segala masalah
Bila gagal tidak kecewa

Buku catatan sentiasa dibawa
Mencatit setiap yang berguna
Bila gagal tidak kecewa
Keluarga bahagia dapat dibina

Mencatit setiap yang berguna
Termasuk mendengar khutbah Jumaat
Keluarga bahagia dapat dibina
Perintah Allah segera dibuat

Termasuk mendengar khutbah Jumaat
Banyak cerita dari Quran
Perintah Allah segera dibuat
Isinya pula membawa pengajaran

Banyak cerita dari Quran
Semuanya pula benar belaka
Isinya pula membawa pengajaran
Diakhirat terlepas dari neraka

Semuanya pula benar belaka
Datang dari Allah Subahanawataalla
Diakhirat terlepas dari neraka
Modal utama banyaknya pahala

Datang dari Allah Subahanawataalla
Pencipta langit dan bumi
Modal utama banyaknya pahala
Dengannya kerajaan zalim dibasmi.


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan