Sabtu, 6 September 2014

PANTUN TERBENTUK NEGARA ISLAM



Dari mana hendak ke mana
Dari sawah membawa padi
Dengan reformasi jati diri dibina
Untuk wirawan menabur budi

Dari sawah membawa padi
Lepas itu terus dijemur
Untuk wirawan menabur budi
Berjuang selagi ada umur

Lepas itu terus dijemur
Ditumbuk padi menggunakan lesung
Berjuang selagi ada umur
Selamatkan aqidah daripada terpesong

Ditumbuk padi menggunakan lesung
Daripada beras menjadi nasi
Selamatkan aqidah daripada terpesong
Baru betul perjalanan demokrasi

Daripada beras menjadi nasi
Makan bersama seisi keluarga
Baru betul perjalanan demokrasi
Nasib rakyat sentiasa dijaga

Makan bersama seisi keluarga
Masuk waktu solat berjemaah
Nasib rakyat sentiasa dijaga
Pimpinan di atas pula beramanah

Masuk waktu solat berjemaah
Lima kali sehari semalam
Pimpinan di atas pula beramanah
Jelas nampak keindahan Islam

Lima kali sehari semalam
Dari masjid dilaungkan azan
Jelas nampak keindahan Islam
Sumber utamanya ialah Quran

Dari masjid dilaungkan azan
Datang umat solat berjemaah
Sumber utamanya ialah Quran
Disokong kuat oleh sunnah

Datang umat solat berjemaah
Setiap Jumaat ada khutbah
Disokong kuat oleh sunnah
Melalui dakwah umat pun bertambah

Setiap Jumaat ada khutbah
Disampaikan khatib yang bertaqwa
Melalui dakwah umat pun bertambah
Menuju akhirat pahala dibawa

Disampaikan khatib yang bertaqwa
Memberi nasihat yang berguna
Menuju akhirat pahala dibawa
Menanti bidadari dalam istana

Memberi nasihat yang berguna
Dipetik daripada ayat Al-Quran
Menanti bidadari dalam istana
Hanya munafiq merasa hairan

Dipetik daripada ayat Al-Quran
Makin dibaca makin meyakinkan
Hanya munafiq merasa hairan
Negara Islam di Madinah ditegakkan


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan