Isnin, 22 September 2014

PANTUN MALAIKAT MAUT TIBA


Ikan pelata ikan cencaru
Dalam laut tempat berenang
Tahniah dapat jawatan baru
Rakan-rakan reformasi tetap dikenang

Dalam laut tempat berenang
Mencari makanan dengan mudahnya
Rakan-rakan reformasi tetap dikenang
Bantulah mereka dengan segala upaya

Mencari makanan dengan mudahnya
Datang nelayan melabuhkan pukat
Bantulah mereka dengan segala upaya
Tanda pemimpin yang berbakat

Datang nelayan melabuhkan pukat
Hasil tangkapan terus dijual
Tanda pemimpin yang berbakat
Memberi nasihat bila berbual

Hasil tangkapan terus dijual
Ada tauke menanti di pantai
Memberi nasihat bila berbual
Ditolak saja yang kutai

Ada tauke menanti di pantai
Membeli ikan daripada nelayan
Ditolak saja yang kutai
Fikir hanya keseronokan keduniaan

Membeli ikan daripada nelayan
Harganya pula agak rendah
Fikir hanya keseronokan keduniaan
Program maksiat dipandang indah

Harganya pula agak rendah
Bawa kepasar ramai pembeli
Program maksiat dipandang indah
Lupa ke akhirat akan kembali

Bawa ke pasar ramai pembeli
Maklumlah ikannya masih segar
Lupa ke akhirat akan kembali
Diberi projek ke pengikut tegar

Maklumlah ikan masih segar
Sedap bila dimasak kari
Diberi projek ke pengikut tegar
Dapat duit masuk ke almari

Sedap bila dimasak kari
Ikan pari atau bawal
Dapat duit masuk ke almari
Menggigil bila SPRM menyoal

Ikan pari atau bawal
Di antara jenis-jenis ikan laut
Menggigil bila SPRM menyoal
Rugi bila datang Malaikatmaut.


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan