Isnin, 29 September 2014

PANTUN IKUT DEMOKRASI


Makan roti berinti kaya
Makan pula bersama keluarga
Memajukan diri dengan sedaya-upaya
Betul aqidah menanti syurga

Makan pula bersama keluarga
Memupuk silaturahim tugas utama
Betul aqidah menanti syurga
Beramal ikut hukum agama

Memupuk silaturahim tugas utama
Juga di kalangan rakyat Malaysia
Beramal ikut hukum agama
Baru bermakna panjang usia

Juga di kalangan rakyat Malaysia
Di Semenanjung Sabah dan Sarawak
Baru bermakna panjang usia
Bukan pula jadi pelawak

Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Dipisahkan Laut Cina Selatan
Bukan pula jadi pelawak
Gelak ketawa budaya syaitan

Dipisahkan Laut Cina Selatan
Di dalamnya ada banyak ikan
Gelak ketawa budaya syaitan
Ajaran agama disuruh tinggalkan

Di dalamnya ada banyak ikan
Juga ketam dan udang
Ajaran agama disuruh tinggalkan
Berani pula langgar undang-undang

Juga ketam dan udang
Sumber protein bagi kita
Berani pula langgar undang-undang
Cara rasuah kumpulkan harta

Sumber protein bagi kita
Ilmu pengetahuan juga diperlukan
Cara rasuah kumpulkan harta
Bila tertangkap keluarga dimalukan

Ilmu pengetahuan juga diperlukan
Terutama yang berkaitan agama
Bila tertangkap keluarga dimalukan
Dalam akhbar terpampang nama

Terutama yang berkaitan agama
Tauhid, Tassauf dan Feqah
Dalam akhbar terpampang nama
Kebebasan media susah ditegah

Tauhid, Tassauf dan Feqah
Tiga asas ilmu agama
Kebebasan media susah ditegah
Ciri demokrasi yang utama

Tiga asas ilmu agama
Perlu dimiliki setiap rakyat
Ciri demokrasi yang utama
Yang baik saja dibuat



HMS ABU BAKAR




Tiada ulasan:

Catat Ulasan