Khamis, 11 September 2014

PANTUN BANYAKNYA KORUPSI


Ikan keli ikan darat
Ikan sembilang ikan laut
Redha Allah jadikan hasrat
Bersedia pula menghadapi maut

Ikan sembilang ikan laut
Dikatakan membiak di tepi pantai
Bersedia pula menghadapi maut
Dengan bidadari ingin bersantai

Dikatakan membiak di tepi pantai
Di mana banyak kayu bakau
Dengan bidadari ingin bersantai
Elakkan pula menghisap tembakau

Di mana banyak kayu bakau
Mudah dapat dengan menjala
Elakkan pula menghisap tembakau
Merosakkan diri tindakan gila

Mudah dapat dengan menjala
Boleh juga dengan mengail
Merosakkan diri tindakan gila
Bilangan perokok bukanlah kecil

Boleh juga dengan mengail
Hasilnya pula tentulah sedikit
Bilangan perokok bukanlah kecil
Menyesal bila didatangi penyakit

Hasilnya pula tentulah sedikit
Kos hidup terus meningkat
Menyesal bila didatangi penyakit
Dalam dada nikotin melekat

Kos hidup terus meningkat
Orang kampung terima padahnya
Dalam dada nikotin melekat
Bila sakit barulah percaya

Orang kampung terima padahnya
Nilai ringgit semakin rendah
Bila sakit barulah percaya
Menyesal tidak lagi berfaedah

Nilai ringgit semakin rendah
Tanda lemah ekonomi negara
Menyesal tidak lagi berfaedah
Elok bertaubat dengan segara

Tanda lemah ekonomi negara
Naik pula harga barang barang
Elok bertaubat dengan segera
Kaya raya pula segelintir orang

Naik pula harga barang-barang
Berlaku apa dikatakan inflasi
Kaya raya pula segelintir orang
Disebabkan banyak berlaku korupsi


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan