Jumaat, 12 September 2014

PANTUN PENZALIM TENGGELAM


Lintah di laut makanan Cina
Lintah di sawah di batang padi
Masyarakat Madani mari bina
Dengan ilmu dan budi

Lintah di sawah di batang padi
Ditiup angin jatuh ke tanah
Dengan ilmu dan budi
Mudah menjadi insan beramanah

Ditiup angin jatuh ketanah
Tiba-tiba melekat di kaki petani
Mudah menjadi insan beramanah
Berkata benar pula berani

Tiba-tiba melekat di kaki petani
Menghisap darah hingga kenyang
Berkata benar pula berani
Sesama manusia wujudlah kasih sayang

Menghisap darah hingga kenyang
Nyawa lintah hanya sebentar
Sesama manusia wujudlah kasih sayang
Menghadapi penzalim tidaklah gentar

Nyawa lintah hanya sebentar
Begitu juga nasib manusia
Menghadapi penzalim tidak gentar
Dengan jemaah mewakafkan usia

Begitu juga nasib manusia
Setiap makhluk akan mati
Dengan jemaah mewakafkan usia
Kuasa Allah tetap diingati

Setiap makhluk akan mati
Ini disedari orang berilmu
Kuasa Allah tetap diingati
Diakhirat dengan bidadari bertemu

Ini disedari orang berilmu
Gunakan masa untuk berzikir
Diakhirat dengan bidadari bertemu
Didunia hanya kebaikan difikir

Gunakan masa untuk berzikir
Mengingat banyaknya nikmat Allah
Didunia hanya kebaikan difikir
 Mudah pula menyelesaikan masalah

Mengingat banyaknya nikmat Allah
Terutama Iman dan Islam
Mudah pula menyelesaikan masalah
Sehingga gerombolan penzalim tenggelam

Terutama Iman dan Islam
Disokong dengan amal soleh
Sehingga gerombolan penzalim tenggelam
Putrajaya kita ambil alih.


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan