1 Anak ikan dimakan ikan
Anak haruan dipangkal buluh
Puisi dakwah perlu dideklamasikan
Boleh
menjadi alat penyuluh
2 Petang
suram terbit bulan
Bulan
terbit terang mengambang
Al-Quran
adalah penunjuk jalan
Dengan
dakwah Islam pun berkembang
3 Pipit tuli
makan berhujan
Tidak
sedar di kampung orang
Sentiasa
sabar menghadapi ujian
Puisi
dakwah terus dikarang
4 Pauh janggi
sinar bulan
Beri
makan kambing hutan
Ada ranjau
di sepanjang jalan
Dalang
sebenar ialah syaitan
5 Buah limau
dikerat-kerat
Bawa
bakul buat mandi
Beramal
kita untuk akhirat
Terlebeh
dahulu tumbangkan Yahudi
6 Burung
pungguk terbang melayang
Hinggap
di batang kayu condong
Bila
sesama insan sayang menyayang
Politik
perkauman boleh dibendong
7 Bunga melur
juntai ke parit
Letak
sekuntum di dalam ruang
Sakit
waktu mati terlalu perit
Untung
yang bermodalkan sembahyang
8 Layang-layang
terbang melayang
Turun
ke sawah makan padi
Bila Allah
kita sayang
Jadikan
dunia tempat berbudi
HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Mac2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan