Isnin, 25 Mac 2013

BIARLAH TEWAS





Bila nafsu menguasai diri
Maksiat berlaku sepanjang hari
Disedari yang bijak bistari
Elok menguasai Kerajaan Negeri
Di PRU-13 kemudahan diberi
Tolak yang membangga diri
Tolak yang fikir hanya kroni-kroni
Tolak yang ikut cakap ”bini’
Istilah bertamadun itulah isteri
Ilmu tauhid perlu diberi
Baru kenal diri sendiri
Ilmu fekah juga dipelajari
Ilmu tasauf pendinding hati
Baru beramal untuk akhirat
Betulkan niat
Niat hanya untuk Allah
”Sesungguhnya solatku; ibadatku;
hidupku dan matiku adalah untuk Allah; Tuhan
semesta alam’
Berjihadlah siang dan malam
Bangunlah solat malam
Mantapkanlah ilmu kalam
’Awal-awal agama mengenal Allah’
Tolak parti asobiyah
Kuranglah masalah
Di tepi masjid ada kolah
Tempat berwuduk para jemaah
Kali ini biarlah BN kalah
Di tangan Pakatan yang beramanah



HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013



1 ulasan:

  1. kemah keming.pantun pun pantun lah,janji mesej sampai.sokong perjuangan Islam.

    BalasPadam