1 Limau purut di dalam puan
Buah delima merah isinya
Awal agama mengenal Tuhan
Dengan ilmu mudahlah berjaya
2 Medang sila buahnya cantik
Jatuh menimpa ke pasu bunga
Melihat penzalim orang pun getek
Melakukan maksiat sesudah
berumahtangga
3 Minta daun diberi daun
Dalam daun buah bidara
Sampai masa penzalim pun turun
Majoriti rakyat cukup gembira
4 Orang menjala dalam paya
Dapat sepat dan haruan
Janji penzalim rakyat tak percaya
Jadi pembangkang balasan
Tuhan
5 Pantai Lukut luas terbentang
Teluknya penuh batu karang
Pemimpin zalim wajib ditentang
Dengan dakwah pun boleh
menyerang
6 Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah selatan
Banyak faedah bila berhijrah
Terkonting-kontinglah parti
syaitan
7 Pergi ke hutan mencari gerharu
Berhenti sebentar di tepi paya
Orang kampung mudah keliru
Cakap penzalim lekas percaya
8 Pisang emas mudah ditebang
Bila jatuh rosak buahnya
Tiba masanya penzalim pun tumbang
Golongan
lain tadbir PutrajayaHMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan