1 Buah cempedak masak bergantung
Petik makan masak layu
Lakukan perubahan rakyat beruntung
Cerah masa depan Melayu
2 Ikan gelama dimasak lada
Makan anak pagi hari
Ilmu pengetahuan perlu ada
Baru kenal diri sendiri
3 Tetak papan dibuat sampan
Singgah ke darat menjerat
rusa
Kerajaan baru membawa harapan
Pimpinannya tidak menyalah
kuasa
4 Alang garang panglima garang
Sepadan pula janggutnya
panjang
Ceramah Pakatan selalu diserang
Ditangan pengikut berjiwa
pincang
5 Petik manggis di tepi ladang
Rambai lebat dengan buahnya
Melihat Altantuya dibom hati meradang
Perlu dibetul semasa
pilihanraya
6 Orang bergalah dari kuala
Singgah berlabuh di tepi
tanjung
Membunuh Altantuya mencari bala
Di dunia mungkin tetap disanjung
7 Kembang bunga seri dadu
Lapis ada dalam cerana
Kepada Allah rakyat mengadu
Supaya pimpinan curang dihina
8 Dari Pauh singgah Permatang
Singgah merapat papan kemudi
Gerombolan asobiyah tetap ditentang
Disebabkan menerima nasihat
Yahudi
9 Bunga tanjung dari seberang
Limau manis dari utara
Rakyat kenal pimpinan temberang
Bertukar
kerajaan akan dibicaraHMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan