Jumaat, 15 Mac 2013

ANAK LAWAN AYAH





Bila ayah buat pengakuan
Kerana takutkan Tuhan
Anak kesayangan pula berlainan
Kenyataan ayah dipertikaikan
Isunya berat
Kes liwat II
Para konspirator tentu kecewa
Terbuka rahsia
Memfitnah Anwar Ibrahim selamba saja
Ini kerja manusia cintakan dunia
Lupa kubur menanti
Lupa juga Saiful Bukhari
Diperalatkan pekerja di JPM
Duit mudah dicari
Kroni-kroni boleh taja perancang fitnah
Yang penting Anwar musnah
Nampaknya UBN yang musnah
Rakyat dah berubah
Rakyat bangkit
Menuntut perubahan
Peringkat Persekutuan
DR perlu ditawan
125 kerusi memadai
UBN jadi pembangkang
Pengakuan ayah cuba dibangkang
Melalui media massa pro UBN
Azlan Mohd. Lazim tentu yakin
Allah itu Maha Mengetahui
Bertaubat kerja mulia
Menentang kezaliman adalah jihad
Rakyat dah lihat
Sandiwara-sandiwara di sana sini
Yang jelas rakyat dah berani
Berani kerana benar
Sekarang beramai-ramai menyokong Anwar
Yang kecut perut hanya Cekdet
Nyawanya hampir tamat



HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan