Khamis, 28 Mac 2013

BERADA DI BATU DUA





Dia seorang ahli politik ternama
Dia pejuang tegar asobiyah
Di kalangan ramai dia bersongkok hitam
Waktu solat di rumah pakai ketayap putih
Jarang-jarang solat berjemaah
Masjid yang dia kunjungi sebulan sekali
Hanya ada baca Yaasin
Di malam Jumaat saja
Ini sudah jadi tradisi
Dia lupa hendak memahami
Makna ayat-ayat surah Yaasin itu
Dia masih yakin peranan undi hantu
Dialah perancang, pemberian Mykad
Dapat sanjungan dari orang atas
Yang penting terus pegang kuasa
Di PRU-13 lain pula
Orang besar-besar dalam partinya pening kepala
Perisik keselamatan pun nampak negatif
Ceramah BTN pun macam menuang air ke atas daun keladi
Penceramah-penceramah BTN pun lemah semangat
Lagu ”Anak kecil bermain api”
Hanya di mulut saja
Di hati lain halnya
Rakyat dah tak percaya
Rakyat ingin perubahan
Rakyat ingin pertukaran
Rakyat sudah 55 tahun ditipu
Angin perubahan sudah bertiup hingga ke selatan
Dalam dia berfikir-fikir
Tiba tetamu tak dikenalinya
Izrail namanya
Belum sempat berkata-kata
Pemimpin asobiyah hilang nyawa
Belum sempat bertaubat
Sedar-sedar dia berada dalam tanah
Di sekelilingnya semuanya gelap
Berteriaklah dia dengan sekuat-kuatnya
Semuanya hampa saja
Sudah berada di Batu Dua


HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan