Rabu, 27 Mac 2013

JANGAN LEBIH-LEBIH





Ada slogan
Dari seorang keduniaan
Macam bentuk nasihat
Harap-harap menepati syariat
Harap-harap bersih niat
Semoga binasa para pengkhianat
Di Lahad Datu hilang dua nyawa
Di Semporna kecundang enam pihak keselamatan
Senyum saja syaitan
Melihat manusia berbunuh-bunuhan
Berdosa besar para perancang
Fikiran mereka tidak panjang
Lupa mereka Allah Maha Mengetahui
Lupa mereka
’Setiap yang bernyawa pasti mati”
Semasa hidup hiduplah berkualiti
Ikutlah ajaran Nabi
Budaya Abdullah Ubai dijauhi
Irihati terhadap Nabi
Kekal munafik sampai mati
Bacalah seerah Nabi
Siang malam menyakiti Nabi
Nabi Muhammad tetap sabar
Islam terus tersebar
Kesan perjanjian Hudaibiyah
Mengkagumkan
Tiga pahlawan Quraish memeluk Islam
Khalid Al-Walid
Amru Al-Ash
Uthman bin Talhah
Melayu perlu berubah
Tolak pimpinan rasuah
Pileh yang beramanah
Contohilah Rasulullah s.a.w
Hebat di luar
Hebat di dalam
Ada hanya pada Islam


HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat(Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan