Khamis, 14 Mac 2013

EMPAT PERINGKAT KERUNTUHAN AKHLAK




Pertama
Remaja
Nafsu syahawat dipuja
Bintang Filem Hollywood dipuja
Bintang Filem Bollywood dipuja
Bintang Bola Sepak dipuja
Bintang-bintang Sukan dipuja
Seolah-olah dunia “ana yang punya”
Maklumlah partiku kuasai Putrajaya
Seronok hidup berpoya-poya
Seronok jadi “buaya darat”
Diperalatkan oleh pimpinan keparat
Terus menerus kehidupan remaja akhirnya melarat

Kedua
Orang dewasa dan tua
Meyakini ketuanan bangsa
Biarpun menyalahguna kuasa
Biarpun kroni-kroni dapat projek mega
Dapat BRIM begitu bangga
Duit RM500 bukanlah tahan lama
Lupa kelas agama
Melarikan diri dari Majlis ilmu
Tiba-tiba dengan Izrail bertemu
Badan jadi kaku
Jadi seperti ulat bulu
”ulat bulu panjat durian”
Sedap dulu sakit kemudian

Ketiga
Ibubapa
Sibuk dengan urusan kerja
Keluar rumah berbeza waktu
Di tempat kerja bertemu
Kenalan baru
Bila tengok muka selalu
Naiklah nafsu
Isteri di rumah dilupakan
Suami di rumah dilupakan
Tanpa agama berlaku pertengkaran
Berlakulah perpisahan
Berlakulah perceraian
Merunsingkan

Keempat
Pimpinan Kerajaan
Majoriti berfikiran keduniaan
Mementingkan kekayaan
Berlakulah pecah amanah
Berlakulah rasuah
Dibiarkan negara boleh musnah
Oleh itu perlu ubah
Ubah dengan kerajaan baru
Tolak yang berwarna biru
Terima yang berkebajikan
Inilah harapan
Cerah masa depan




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan