1 Isnin hari
yang pertama
Elok
jika puasa sunat
Seronok melihat bulan purnama
Para pelukis
cukup berminat
2 Selasa hari
yang kedua
Pergi
ke sawah bawa tajak
Mendengar “tidak” hati kecewa
Kerja maksiat cuba diajak
3 Rabu hari yang ketiga
Bersama isteri pergi ke pasar
Elok bercerita tentang syurga
Jauh dari amalan tersasar
4 Khamis hari
yang keempat
Puasa
sunat sangat digalakkan
Pahala
mudah kita dapat
Amal
soleh suka dikerjakan
5 Jumaat hari
yang kelima
Mandi
sunat seawal pagi
Lupakan saja politik lama
Penyokongnya di akhirat akan
rugi
6 Sabtu hari yang keenam
Cuti rehat di seluruh negara
Lupakan saja tarian Gangnam
Dosa pahala ambillah kira
7 Ahad hari yang ketujuh
Tamatlah hari dalam seminggu
Beramal jangan acuh tak acuh
Di akhirat azab hanya menunggu
HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013
Di akhirat azab hanya menunggu
HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Mac2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan