Rabu, 27 Februari 2013

BUAT 5 PERKARA MENANTI PUTRAJAYA






Boleh menguatkan hati
Pertama
Membaca Al-Quran
Berserta maknanya
Baru dapat cahaya
Terang Putrajaya
Bila dipegang orang yang
Beriman dan beramal soleh
Makan rezeki yang halal
PAC tidak menyoal
Kedua
Berpuasa
Puasa sunat
Hari Isnin, hari Khamis
Ketiga
Mendirikan solat malam
Terutama
Solat tahajjud
Guna jam loceng mudah terkejut
Hati penzalim takut
Takut Putrajaya terlucut
Takut didakwa
Di atas jenayah
Menzalimi rakyat
Keempat
Berzikir sewaktu makan sahur
Esoknya berlapar
Berani pula menentang yang mungkar
Tipu undi kerja mungkar
Dalam penjara tentulah sukar
Kelima
Bersahabat dengan orang-orang soleh
Bersolat berjemaah
Setiap waktu
Bersedia hadir di majlis ilmu
Baru tahu
Pejuang asobiyah sentiasa menipu
Kali ke 13 tentu tahu
Kuasa Allah yang menentukan
Pertukaran Kerajaan di Peringkat Persekutuan
Menanti
Negara Berkebajikan


HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan