Isnin, 11 Februari 2013

PANTUN PIMPINAN BERKUALITI





Tanam pisang tanam ubi,
          Dapat hasil boleh dijual,
Kita menyambut hari jadi nabi,
          Tepat tarikhnya dua belas Rabiulawal

Bunga ros berwarna merah,
          Hijau warna kebanyakkan pokok,
Tiba masa rakyat berhijrah,
          Tolak saja pimpinan bengkok

Kayu cengal kayu jati,
          Cantik bila dibuat rumah,
Parti Assobiyah hampir mati,
Di tangan pimpinan yang bermaruah

Merah warna sang bunga raya,
          Jadi bunga kebangsaan kita,
Bila beralih kuasa di Putrajaya,
          Masyarakat majmuk akan sukacita

Tumbuk gandum hingga lumat,
          Dari tepung buat capati,
Di bawah Pakatan negara selamat,
          Pentadbirannya pula amat berkualiti

Kuih pau berinti kaya,
          Makan pula bersama keluarga,
Pakatan boleh menang pilihanraya,
          Tindakan pertama turunkan harga

Keluar rumah kutip pegaga,
          Bila makan jadikan ulam,
Banyak kebaikkan Buku Jingga,
          Sesuai dengan kehendak Islam



HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Feb2013 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan