Isnin, 18 Februari 2013

MARI MANTAPKAN 6M





1M

Membaca
Membaca sejarah hidup Nabi Muhammad SAW
Dalam berbagai bahasa
Arab
Urdu
Inggeris
Melayu
Cina
Tamil
Perancis
Jepun
Di antara bahasa-bahasa di dalam dunia ini
Jiwa kita jadi berani
Menentang ekonomi kroni
Merosakkan anak negeri
Melalui hiburan berlebihan
PSY Gangnam Style
Dari Korea
Terikut ikut para remaja
Nafsu syahwat dipuja-puja
Nafsu jadi raja
Raja deman raja lekok
Raja spade raja kelawar
Tolak kerajaan bersifat bengkok
Ganti pula yang lebih berwibawa
Ke akhirat pahala dibawa
Di dunia iblis kecewa
Di dunia syaitan kecewa
Bila pimpinan ikut perintah agama


 2M

Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW
Setiap hari hingga ke malam
Nafsu syahwat akan tenggelam
Laut Atlantik cukup dalam
Di dalamnya ada banyak ikan
Kerajaan Kelantan berteraskan Islam
Dua puluh dua tahun dipertahankan


3M

Menghafal hadis-hadis
Mula dengan hadis-hadis pendek
Setiap amalan berdasarkan niat
Niat hanya untuk Allah
Ambil wuduk dari kolah
Lepas itu solat berjemaah
Kali ini penzalim kalah
Dengan iman dan istiqamah


4M

Mendengar arahan Nabi SAW
”Sampai dariku walaupun satu ayat”
Jasad perlu sihat
Minda perlu sihat
Roh perlu sihat
Dengan solat
Dengan selawat
Dengan menderma
Ikan kembung ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Kelantan ditadbir ikut agama
Dengan keadilan hati terpaut
Bersedia menghadapi malaikat maut


5M

Mencontohi Nabi Muhammad SAW
Kewajiban setiap orang Islam
Keluar kalkatu waktu malam
Mencari cahaya yang terang benderang
Berdakwah boleh memajukan Islam
Puisi mantap pula dikarang


6M


Menyambung
Perjuangan Rasulallah SAW
Kewajiban setiap umat Islam
Bangun solat tiap malam
Kuatkan pula ilmu kalam
Berenang ikan dalam kolam
Ikan baung ikan seluang
Kapal Titanic boleh tenggelam
Yang penting kita terus berjuang
Dengan mengamalkan 6M ini
Kita jadi berani
Kita jadi pejuang kebenaran
Dari Nabi ambil pengajaran
Berpandukan Al Quran
Dengan ini tewaslah Barisan




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan