Selasa, 12 Februari 2013

BERCITA-CITA SAHAJA





Semua makhluk ada cita-cita
Iblis pun bercita-cita
Mahu menyesatkan manusia
Biar di akhirat sama-sama menderita
Berlakulah banyak cerita
Ada yang bercita-cita mengumpul harta
Berbagai cara
Tipu pilihanraya
Beri KP sementara
Dosa pahala belakang kira
Kibarkan bendera
Membosankan yang berwarna biru
Pemikiran Machiavelli mereka tiru
Matlamat menghalalkan cara
Biarpun menanti neraka
Syaitan senyum saja
Penzalim disuruh puja
Beri duit berkali-kali
Mahu dapatkan undi
Bawa PSY Gangnam ke mari
Di Georgetown
Bandar bersejarah
Rakyat tetap nak berubah
Dimulai di Sabah
Mahu penguasa rasuah rebah
Ini kalilah!
Tentu dengan izin Allah
Bagi iblis tiada masalah
Biar parti assobiyah berpecah-belah
Bila ini berlaku
Boleh aku ambil alih
Biarkan umurku hampir sembilan puluh tahun
Darahku masih mengalir
Tiga anak lelakiku bertaraf jutawan
Untung kilang anak berlebihan
Duit pelaburanku di seluruh dunia
Mudahku jadi PM kali kedua
Inilah cita cita si tua bangka
Peduli apa neraka
Iblis pun senyum saja
Bila berbual fasal cita cita
Teringat cerita
Sang kancil memainkan sang gajah
Di dalam perigi buta
Diprovoknya gajah setiap saat
Akhirnya gajah melemparkan sang kancil keluar
Tercapailah cita-cita sang kancil
Begitu juga pendatang asing
Dari Bangladesh
Dari Indonesia
Dari Myanmar
Dari Nepal
Mahu kekal tinggal di Malaysia
Mahu nikahi wanita Melayu
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Malang nasib orang Melayu
Sentiasa ditipu pemimpin keparat
Pendekkan cerita
Banyak lagi yang bercita-cita
Ada yang ingin bersantai dengan bidadari
Ilmu agama tidak pula dicari
Berpolitik pula ikut ketuanan bangsa
Lupa bangsa lain pun mahu hidup
Dan ada cita-cita
Jenis assobiyah ini tentu menderita
Ada jenis cita-cita mulia
Ada pada pengasas Buku Jingga
Mahu selamatkan negara
Dengan menguasai Putrajaya
Direstui semua bangsa
Pandai menguruskan masa
Ingat sentiasa
Akujanji dalam solat
”sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”
Berbaik sangka sesama insan
Cerah masa depan
Melayu-Cina-India-Iban-Kadazan
Semoga cita-cita mereka diperkenankan Tuhan


HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013


 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan