Ahad, 3 Februari 2013

PANTUN KEBAJIKAN RAKYAT DIUTAMAKAN




Burung serindit mati di getah,
          Kupu-kupu di atas kota,
Tindakan penzalim wajib dibantah,
          Dengan iman dan juga harta


Anak kucing di atas batu
          Seekor serindit digonggong helang
Masyarakat majmuk boleh bersatu
Kebajikan diperoleh tidak terbilang


Beli gula satu tempayan,
          Gula bercampur air madu,
Kehendak rakyat perlu dilayan,
          Mudah masyarakat bersatu padu


Bunga telepuk bunga teratai,
          Pecah enam akan bunganya,
Perhimpunan Bersih semacam bersantai,
          Ratusan ribu turun ke jalanraya


Burung kedidi di tengah padang,
          Mati dirembat patah kaki,
Bila ditipu rakyat meradang,
          Melawan bukan kerana dengki




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Feb2012



Tiada ulasan:

Catat Ulasan