Isnin, 25 Februari 2013

PANTUN SEMBRONG BERTUKAR TANGAN





Tanam ubi tanam terung
Tanam padi tepi paya
Onn boleh menang di Sembrong
Dengan syarat bersih pilihanraya

Pokok cengal pokok jati
Banyak terdapat di dalam hutan
Parti assobiyah hampir mati
Beribu-ribu hadir ceramah Pakatan

Buah mempelam masak di pokok
Waktu malam dimakan kelawar
Pimpinan Barisan terlalu bengkok
Takut menghadapi karisma Anwar

Bunga tanjung putih berseri
Jatuh ke tanah waktu pagi
Pakatan mahu rakyat berdikari
Barisan mahu rakyat rugi

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Budaya rasuah boleh ditegah
Dengan melaksanakan Buku Jingga

Satu, dua, tiga, empat
One, two, three, four
Sembrong Pakatan boleh dapat
Banyak beramal dan bersyukur




HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan