Bulan terang di
dalam paya
Bunga nenas di
dalam kebun
Beramal
ibadatlah sedaya upaya
Berkumpul pahala
bertimbun timbun
Teluk Terendak
nama Siantan
Tempat raja
menjala ikan
Tiada faedah
menyokong syaitan
Lebih baik duit
diinfakkan
Nenas ada di
dalam kebun
Dulang datang
dari Pattani
Bila pahala
sudah bertimbun
Mudah dibina
masyarakat madani
Anak kucing
panjat kelapa
Jangan panjat
peria pahit
Jasa nabi
janganlah lupa
Berselawat
biarpun hanya sedikit
Besi tuang
membelah karang
Karang belah di
tengah laut
Masa lapang
puisi dikarang
Dengan akhirat
hati terpaut
Anak keluang di
kayu kelat
Tetak pandan
batang di titi
Dalam kehidupan
jangan mengelat
Nanti bermasalah
bila mati
Buah kacang
setangkai lebat
Berbunga gugur
bersama putiknya
Pesalah hudud
boleh disebat
Hukum Allah kena
percaya
Baik lebat padi
di bendang
Beruk di hutan
mati sendiri
Tarian PSY
jangan dipandang
Dosa di akhirat
tidak terperi
Anak enggang
terbang tinggi
Terbang tinggi
sampai ke awan
Jika di akhirat
tak mahu rugi
Dengan ulama
hendaklah berkawan
HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan