Jumaat, 25 Januari 2013

TINGGALKAN YANG LAMA

'kini aku telah sedar dan insaf'



Dulu aku penyokong tegar
Dengan semangat berkobar-kobar
Dengan mempertahankan nyawa
Sekarang aku kecewa
Dosa saja dibawa
Bila aku fikirkan semula
Semua kerjaku kosong pahala
Kroni-kroni saja dibela
Biarkan anak bangsa jadi penagih dadah
Biarkan aurat wanita terdedah
Para kapitalis Yahudi dapat faedah
Bahaya jikaku ikut sampai sudah
Syaitan saja dapat faedah
Aku mula rapatkan diriku ke masjid
Pergi ke surau dekat rumahku
Bila aku hadir di majlis ilmu
Baruku tahu
Di akhirat kerja asobiyah tak laku
Baruku tahu
Indahnya ajaran wahyu
Inilah sebenar-benarnya ubat orang Melayu
Beriman
Beramal solih
Baru Putrajaya beralih
Baru Buku Jingga boleh dilaksanakan
Baru kurang kos kehidupan
Baru cerah masa hadapan
Baru bersatu rakyat sekelian
Baru rakyat berilmu pengetahuan
Baru rakyat hidup aman
Baru rakyat ada ketenangan hidup
Bila mencapai taraf taqwa
Takut kepada Allah
Yang Maha Mulia
Syukur kepada apa yang ada
Media massa tidak lagi jadi alat poropaganda
Ingin melaksanakan isi-isi kandungan Al-Quran
Bersedia bertemu Allah di Hari Kiamat
Baru hidup penuh nikmat
Dari Allah dapat rahmat
Dunia akhirat selamat 
Bila Putrajaya dipegang pimpinan berbakat 
Ini ada pada Pakatan Rakyat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan