Rabu, 16 Januari 2013

TIGA MUSUH MANUSIA





Mengikut Imam Al-Ghazali
Musuh manusia ada tiga
Menyekat umat dari syurga

Yang Pertama

Syaitan namanya
Disuruh manusia menjauhi majlis ilmu
Setiap masa ragu
Betulkan slogan Ketuanan Melayu
Tanpa iman tentulah layu
Otak terus bertaraf kalkatu
Waktu malam keluar kalkatu
Mencari api matlamat utama
Dengan iman mudah bersatu
Yakin dengan syariat agama


Yang Kedua

Tuntutan dunia
Wanita
Arak dan hiburan
Dari Barat dapat pelajaran
Mengamalkan teori Macviavelli
Matlamat menghalalkan cara
Ada ISA
Ikut Suka Aku
Sekarang tak laku
Sekarang rakyat mahu
Keadilan, Perpaduan dan Kemakmuran
Inilah penyelesaian
Turun ke jalan
Dari Mesir ambil teladan
84 Tahun bekerja ahli-ahli Ikhwan
Memberi kebajikan
Memberi ilmu pengetahuan
Hassan Al-Bana dapat ganjaran


 Yang Ketiga

  
Tuntutan syahawat
Kehendak nafsu amarah
Gelisah pengikut warna merah
Pimpinan mereka semuanya perasuah
Semuanya pecah amanah
Dikuasai ’orang rumah’
Yang hidup bermewah-mewah
Rakyat jelata dapat kuah
Rakyat dah berubah
’Ini Kalilah’
Slogan orang Sabah
’Tukar’
Tolak yang mungkar
Tauhid jadikan akar
Imam Al-Ghazali jadikan wira
Dosa pahala ambil kira
Pengkhianat – penzalim ke penjara
Layak bagi mereka




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan