1 Hendak dulang ku beri dulang
Dulang berisi bunga rampai
Kebangkitan rakyat sukar dihalang
Cita-cita Bersih akan
tercapai
2 Rambai tumbuh tanah seberang
Daun keladi di sekam padi
Kebudayaan Barat terus menyerang
Dapat manfaat syarikat Yahudi
3 Hari ini hari Jumaat
Besok pula hari Sabtu
Menumbangkan penzalim kena berpakat
Betul aqidah mudah bersatu
4 Kain kotor bawa berjemur
Cuci basuh dalam kolam
Beribadat selagi ada umur
Insyaallah mati dalam Islam
5 Tumbuh nenas di tepi paya
Masak sebiji dimakan kera
Musuh manusia ialah syaitan
Tanpa ilmu ramai terpedaya
HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan