Ahad, 6 Januari 2013

KALIMAH ALLAH





Kalimah Allah hak mutlak umat Islam
Kata Noh Gadut
Penasihat Majlis Agama Islam Johor
Penyokong UMNO tersohor
Masih panjang umur
Masih pegang juga ajaran Al-Quran
Tapi yang hairan
Masih perjuangkan faham kebangsaan
Masih kekal dengan faham asobiyah
Mempertahankan rejim zalim
Dengan susah payah
Mahu pertahankan saja kalimah Allah
Biarkan pula pimpinan rasuah
Biarkan saja isteri pimpinan rambut terdedah
Ini menyalahi hukum Allah
Rasuah juga dikutuk Allah
Inilah masalah
Kalimah Allah dipertahankan
Hukum-hakam diketepikan
Oleh pihak pemerintah
Kroni-kroni berlagak macam lintah
Patutlah Kerajaan Pusat berubah
Digantikan dengan pimpinan beramanah
Baru hidup rakyat bermaruah
Baru kalimah Allah membawa rahmat
Kepada rakyat Malaysia
Yang berjiwa bersih
Setuju dengan Tuntutan Bersih
Membawa kebajikan kepada warga Malaysia



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1434/Jan2013




Tiada ulasan:

Catat Ulasan