1 Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke
hulu
Usaha lama jangan diungkit
Menipu rakyat hendaklah malu
2 Pukul gendang bermain raga
Raga dibawa dari muara
Kebajikan rakyat sepatutnya dijaga
Halal-haram diambil kira
3 Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
BTN sepatutnya terus mendidik
Bukan kemajuan Cina ditentang
4 Satu, dua , tiga, empat
One, two, three, four
Hosni Mubarak sekarang merempat
UMNO pula sedang mengelupor
5 Sayang mempelai kayu gaharu
Dibuat orang menembak beruang
Berazam kita di tahun baru
Siang malam terus berjuang
6 Tebang buluh lalang berpaut
Batang lurus dibuat titi
Pantang lari sebelum maut
Mati syahid memang dinanti
7 Tikar pucuk tikar mengkuang
Alas nikah raja Melayu
Pakatan Rakyat apa kurang
Mahu
mendaulatkan ajaran wahyu
8 Air dalam
bertambah dalam
Hujan
di hulu belumlah teduh
Jauhi
ulamak burung balam
Menyokong
penzalim tandanya bodoh
9 Anak punai
anak merbah
Singgah
ditonggak mencari sarang
Elok rejim
penzalim rebah
Deepak
pula bangun menyerang
10 Ayam
mengeram di tepi hutan
Tengah
mengeram disambar helang
Dengan
setiakawan kuatlah Pakatan
Pimpinan
BN dirundang malang
11 Buah jering
di atas para
Diambil
budak sambil berlari
Penyelewengan
Barisan tidak terkira
Majoriti
rakyat sudah menyedari
12 Dua paya
satu perigi
Seekor
bujuk anak haruan
Model
Mongolia sudah pergi
Dibela
selepas pertukaran kerajaan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan