1 Imam Shafie
rajin menulis
Ulamak
akhirat yang bersopan santun
Terima
kasih pengacara majlis
Memberi
peluang saya berpantun
2 Keluar
kalkatu waktu malam
Biasa
berlaku selepas hujan
Kapal
titanik juga tenggelam
Semuanya
diatas kehendak Tuhan
3 Hari Jumaat
malam Sabtu
Malam
bangkit turunkan Barisan
Masyarakat
majmuk boleh bersatu
Dengan
iman dan keikhlasan
4 Terang
benderang bulan purnama
Boleh
dilihat di sana sini
Menumbangkan
Barisan tugas utama
Ditangan
pimpinan yang berani
5 Waktu
pasang memasang belat
Waktu
surut tersadai ikan
Jika
pilihanraya tak mengelat
Pemerintah
BN dapat ditalqinkan
6 Nampak
perlahan-lahan bergerak lipan
Melihat
kucing menghilangkan diri
Buku
Jingga menjanjikan harapan
Sedang
dibuktikan diempat negeri
7 Pagi-pagi
kutip pegaga
Waktu
makan dijadikan ulam
Banyak
kebaikan Buku Jingga
Bersesuaian
dengan kehendak Islam
8 Bunga ros
warna merah
Tumbuh
subur ditepi kolah
Rakyat
sekarang dah berhijrah
Ini
kali BN akan kalah
9 Lebat
sungguh padi dipaya
Kayu
tumbang tepi pengkalan
Perhimpunan
Sejuta Rakyat boleh berjaya
Semangat
jihad jadikan bekalan
10 Potong limau
tepi perigi
Orang
meranduk tepi hutan
Gerombolan
asobiyah diakhirat rugi
Beramanah
pula pimpinan Pakatan
11 Buah rambai
buah rambutan
Lebah
bergantung dihujung dahan
Ceramah Pakatan
dapat sambutan
Guna
samseng untuk pencegahan
12 Tanjong
Katong airnya biru
Datang
pelancung dari Barat
Semakin
tua semakin keliru
Takut
nasib anak-anaknya melarat
13 Orang
berperang sebagai singa
Bunga
kembang malam purnama
Kebajikan
rakyat Pakatan jaga
Menyelamatkan
Malaysia tugas bersama
14 Banyak
lintah dipaya seberang
Habis
padi dimakan tikus
Dengan
ceramah musuh diserang
Ajak
berdebat terus menikus
15 Pokok ubi
sayur keladi
Anak
udang dalam tapisan
Harap-harap
tuntutan Bersih menjadi
Kecundang
Barisan CekDet pun pengsan
16 Buah padi
ikatan rotan
Ikat
dengan tangkai bunganya
Rakyat
doakan kejayaan Pakatan
Semoga
menguasai Pentadbiran Putrajaya
17 Burung merak
dua sekawan
Bersarang
bertelor diatas kota
Bila
Putrajaya Pakatan tawan
Orang
gila saja berdukacita
18 Kuah
dimangkok jangan tumpah
Suluh
damar jangan padam
Melihat ’si
dia” rakyat menyampah
Dengan
Anwar cukup berdendam
19 Tanam ubi
tanam tebu
Tanam
pula ditepi rumah
Ramai
peminat Mat Sabu
Diikuti
dimana dia berceramah
20 Minum air dalam cawan
Serta merta hilang dahaga
Moto kita ’lawan tetap lawan’
Mati
syahid hadiahnya syurga
HMS
ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.comSafar1434/Jan2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan