Jumaat, 11 Januari 2013

MALAM BANGKIT TURUNKAN BN





Mendengar ceramah berfaedah
Penyelewengan penzalim terdedah
Maklumat-maklumat berfaedah
UBN menerima padah
Ini Kalilah
Slogan baru rakyat Sabah
Mahu berubah
Lama sudah Mat Sabu berceramah
Sentiasa tinggal rumah
Cikgu Bard begitu juga
Menceritakan kebaikan Buku Jingga
Y.B Teo Nie Ching
Tokoh muda DAP
Ucapan tidak berapi-api
Tapi rakyat mengerti
MCA hampir mati
GRN setengah mati
Parti-parti perkauman yang berdaki
Berbeza dengan pimpinan P.R
Disedari
Dato Sri Abdul Rahman Maidin
Seorang kaya berjiwa marhaen
Mahu kerajaan lain
Di peringkat Persekutuan
Direstui
Dato Raja Kamarul Bahrin
Kalangan raja dari Trengganu
Berjiwa besar
Merintasi laut dengan tujuan suci
Menyelamatkan anak tercinta
Sekarang bersama
Noreyn Aziz yang jelita
Merdu suaranya
Mahu P.R berjaya
Tetap dengan kebenaran
Tetap dengan keadilan
Esok turun ke jalan
Mahu PRU-13 berseh
Berseh dari tipu daya
Dari manusia berjiwa buaya
Giliran kita kuasai Putrajaya
Dengan izinNYA 


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1434/Jan2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan