1 Waktu malam
pergi memburu
Dapat
rusa dan kijang
Berazam kita di tahun baru
Perjuangan kebenaran masih
panjang
2 Sebelum subuh balik kerumah
Beri daging kepada
jiran-jiran
Sampaikan maklumat melalui ceramah
Mudah rakyat mendapat
pengajaran
3 Daging rusa sedap dimakan
Boleh masak rendang tok
Ilmu pengetahuan sangat diperlukan
Baru ulamak tidak dikutuk
4 Kijang betina warna coklat
Suka makan pucuk-pucuk daun
Budaya munafik suka mengelat
Melakukan kezaliman macam
Firaun
5 Keluar rumah mencangkul tanah
Lepas itu tanam ubi
Bila pimpinan berjiwa mutma’innah
Sudah semestinya pengikut
Nabi
6 Air sungai mengalir tenang
Ada ranting-ranting yang
tersangkut
Bukan susah hendak menang
Sunnah Nabi saja diikut
7 Tanam pisang tanam ubi
Tanam pula diluar taman
Mari amalkan Sunnah Nabi
Ini tanda anda beriman
8 Ubi keledek ubi kayu
Mudah tumbuh tanpa baja
Sampaikan ilmu kepada Melayu
Baru syaitan tidak dipuja
9 Raja deman raja lekok
Raja spade raja kelawar
Tolak pimpinan berjiwa bengkok
Pilih manusia bernama Anwar
HMS
ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1434/Jan2012
paksalleh.blogspot.com
R'awal1434/Jan2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan