Pemandu Teksi
Pembawa perubahan
Kepada penumpang-penumpang
Diterangkan
Kepincangan pentadbiran negara
Kebajikan kroni diambil kira
Kebajikan rakyat belakang kira
Pemandu-pemandu teksi bertindak segera
Sedar dipermainkan pihak berkuasa
Tentang penyalahguna kuasa
Kononnya menolong bangsa
Dihebahkan melalui media massa
Isu Altantuya dipendamkan saja
Jelas dianiaya
Dua kenalannya
Rupa-rupanya
Habis madu dibuang sampahnya
Ditangan manusia jenis buaya
Sampai masa
Semua pergi ke sana
Yang rasuah hina
Yang zalim hina
Duit berbilion-bilion tak berguna
Dalam kubur menanti seksa
Bagi pemimpin yang menyalahguna kuasa
Pergi berburu dapat rusa
Dapat
juga burung punai
Rakyat mahu perubahan kuasa
Janji
Jingga tentu ditunai
HMS
ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013
R'Awal1434/Jan2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan