1 Sarang kerengga jatuh terhempas
Pecah terhempas lalu melarat
Buku Jingga elok dikupas
Menyelamatkan rakyat dari
melarat
2 Bintang tujuh menuju barat
Di balik pokok pinang penawar
Mari tumbangkan pimpinan keparat
Tentu penggantinya ialah
Anwar
3 Sireh lobak tanaman Cina
Tumbuh subur di tepi parit
Kempen penzalim tak mengena
Di perhimpunan parti hanya
menjerit-jerit
4 Makan roti
minum serbat
Makan
mari anak bangsawan
Pemidato Pakatan memang hebat
Mendengarnya hati rakyat
tertawan
5 Potong
limau di balik tiang
Ambil
sebiji bekalan mandi
Turun ke jalanraya tanda berjuang
Dua belas Januari menjadi bukti
6 Terang
bulan terang di paya
Anak
kambing memakan rumput
Janji penzalim ramai tak percaya
Ketahanan mereka dah reput
7 Terbang
merak dari angkasa
Terbang
berpergi pohon angsana
Sampai masa hilanglah kuasa
Saki baki hidupnya hina
8 Jangan menimpa di batang pinang
Sudah timpa dibatang padi
Rakyat mahu Pakatan menang
Tentulah melalui peti undi
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Jan2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan