Imam Ahmad bin Hanbal (rahimahullah)telah ditanya
muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair
yang berkaitan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya ”Seperti apa? Contohnya?” lalu muridnya mendendangkan
syair ini. Selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan
beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang 2 rangkap pertama itu.Muridnya
meriwayatkan: kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati
Jika Tuhanku bertanya padaku ..
Tidak malukah kau bermaksiat padaku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu..
Dan datang padaKu dengan penuh dosa
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapakah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati ..
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui
dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri ..
Nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah ..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk
menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan
urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat
Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam
surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari penghimpunan
dan hari addeen (qiamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan
menjemputku?
Maka Ya RABB! Seorang hamba datang bertaubat, siapa yang
dapat melindunginya
Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunannya
dan yang membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
dan beratkan timbangan (kebaikan)ku..
dan ringankan hisabku kerana engkaulah
Yang terbaik dalam penghisaban
Tiada ulasan:
Catat Ulasan