1 Gunting baju belah barut
Boleh dipakai ukur kepala
Elok buangkan keyakinan karut
Rosak aqidah mendatangkan
bala
2 Raja Muda
bentangkan jerat
Makan
nasi mengulam jantung
Beramallah untuk Hari
Akhirat
Hanya Allah tempat bergantung
3 Limau di kebun mari dipetik
Petik budak dari Manila
Bila berilmu cerdiklah berpolitik
Beramal soleh kerja berpahala
4 Sayang encik pandai menilik
Limau purut kerat melintang
Anti hudud Baba Soi Lek
Sampai masa jatuh terlentang
5 Burung
bayan ke Gunung Guntung
Anak
pelanduk tepi perigi
Ikut jemaah tentulah
beruntung
Penentang hudud di akhirat
rugi
6 Jala
selangat dapat selampai
Dapat
sejemput pasir mayang
Maqam taqwa boleh capai
Nabi Muhammad kenalah sayang
7 Patung wayang lagi perada
Cincin limasan dalam padi
Semasa hidup elok waspada
Mudah menghadapi ancaman
Yahudi
8 Orang asal meraut rotan
Diraut serung tengah hari
Musuh manusia ialah syaitan
Dengan ilmu mudah disedari
9 Patah dahan cabang melela
Patah rantingnya lagi
bertumbuh
Modal di akhirat ialah pahala
Berjemaahlah setiap solat
subuh
10 Besar gunung
di balik bukit
Sayang
ketupat berisi santan
Dosa penzalim bukan
sedikit
Disebabkan berguru dengan
syaitan
paksalleh.blogspot.com
Dis2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan