Hari
panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Dengan zikir hati pun tenang
Daripadanya mudah hendak berjaya
Kayu besar kayu penaga
Kayu kecil dahannya runduk
Dengan iman keluarga dijaga
Hukum Allah saja tunduk
Limau purut limau lelang
Masak di tepi pengkalan rama
Bila dakwah cuba dihalang
Tersekatlah segala aktiviti
agama
Nyiur muda dibuat pengat
Mari dimakan bulan puasa
Azab akhirat hendaklah ingat
Waktu itu Allah lah berkuasa
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Dis2012
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Dis2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan