Jumaat, 7 Disember 2012

LAMANYA KEHIDUPAN AKHIRAT




Hidup ini singkat
Pimpinan berakhlak elok diangkat
Ikut ulamak akhirat dapat berkat
Betul aqidah mudah berpakat
Rambut anak Firaun, Masitah yang sikat
Bila terjatuh sikat
Keluar ucapan “Allah’
Terkejut anak Firaun
Dia sangka ayahnya sajalah Tuhan
Dia berkata kepada Tukang Sikatnya
Boleh aku beritahu ayahku
Boleh kata Masitah
Marahnya Firaun tidak terkira
Dipanggil Masitah menghadapnya
Sila jawab soalan ni
Siapa Tuhan selain aku?
’Allah pencipta sekelian alam”
Muka Firaun merah padam
Dihukum Masitah
Direbus hidup-hidup
Masitah yang kuat iman
Masitah yang berani kerana benar
Masitah dan keluarga direbus
Dalam kawah berisi air panas
Masitah mati kerana iman
Kroni-kroni mati kerana projek
Elok adakan pilihanraya bersih
Bersih di dunia
Bersih di akhirat
Firaun tetap melarat
Abdullah Ubai juga melarat
Gerombolan Ketuanan Bangsa nanti melarat
Betul-betul lama kehidupan akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Dis2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan