Rabu, 5 Disember 2012

LAKUKAN 3 PERKARA




1

Berusaha bagi keperluan hidup
Dengan ilmu di dada
Kenal slogan propaganda
Sedar pedasnya lada
Cili juga namanya
Dibiarkan kroni jadi kaya-raya
Diluluskan dari Putrajaya
Hasil pendapatan ini haram hukumnya
Ini penyalahgunakuasa namanya
Di akhirat akan ditanya
Tentulah rugi akhirnya

11

Beramal bagi Hari Kemudian
Dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan berterusan
Membawa kesan
Sesama manusia penuh ekhsan
Pilih kasih pula cara Barisan
Dianaktirikan Kelantan
Mengkhianati sistem negara Persekutuan
Perlu didoakan
Supaya dihancurkan Tuhan
Ini hanya suatu permohonan
Daripada rakyat negeri yang dizalimi

111

Bersuka-suka dalam perkara yang tidak haram
Bersama isteri
Bersama rakan-rakan
Menutup aurat bila bersukan
Bersyukur bila dimenangkan
Bersyukur bila penzalim ditumbangkan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram/Dis2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan