Ibu ayam sedang mengeram
Di bawah
dapur rumah usang
Bila dibuat kerja haram
Inilah tanda aqidahnya
songsang
Di bawah dapur rumah usang
Penuh dengan sampah sarap
Inilah tanda aqidah songsang
Pimpinannya tak boleh diharap
Penuh
dengan sampah sarap
Lepas
perniagaan pasar malam
Pimpinannya
tak boleh diharap
Merosakkan
kehidupan umat Islam
Lepas
perniagaan pasar malam
Kawasan
sekitar perlu dibersihkan
Merosakkan
kehidupan umat Islam
Bila
dasar sekular diamalkan
Kawasan
sekitar perlu dibersihkan
Dari
yuran setiap peniaga
Bila dasar
sekular diamalkan
Nasib
kroni saja dijaga
Dari yuran
setiap peniaga
Dibayar
upah membersihkan kawasan
Kebajikan
kroni saja dijaga
Dari
kerajaan berjiwa kebangsaan
Dibayar
upah membersihkan kawasan
Berlaku
pula setiap bulan
Dari
kerajaan berjiwa kebangsaan
Air
liurlah rakyat telan
Berlaku
pula setiap bulan
Ucapan
tak serupa bikin
Air
liurlah rakyat telan
Hanya
reformasi jadi pemangkin
Ucapan tak
serupa bikin
Ini
budaya orang munafik
Beri
amanah mudah dikhianati
Dari
Allah datangnya taufik
Ini budaya
orang munafik
Beri
amanah mudah dikhianati
Dari
Allah datangnya taufik
Lahir
pimpinan yang berkualiti
Beri
amanah mudah dikhianati
Banyak
berlaku di akhir zaman
Lahir
pimpinan yang berkualiti
Bagi
negara yang amanHMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Dis2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan