1 Benang hitam sangka rambut
Sirih pinang siap dikumpul
Kebaikan Buku Jingga disebut-sebut
Ditolak yang otak tumpul
2 Pagar sahaja pagar keliling
Pokok kara tiada berbunga
Lihat penjara mata menjeling
Nasib kroni tetap dijaga
3 Orang mengail pengkalan jajar
Ambil umpan pergi menjala
Tindakan samseng tidaklah wajar
Jauh sekali mendapat pahala
4 Orang Cina meraut rotan
Raut dengan pisau wali
Rakyat sedar kejahatan syaitan
Walaupun beri duit
berkali-kali
5 Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Setip bangsa ada bidalan
Mematuhinya cerah masa
hadapan
6 Pisau raut perancang kalam
Kalau dirancang tiga persegi
Mari daulatkan ajaran Islam
Nescaya di akhirat tidak rugi
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dis2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan