Limau
purut jatuh ke lembah
Tiba di lembah tumbuhlah duri
Lima waktu Allah disembah
Tanda anda kenal diri
Makan nasi di atas dulang
Gulainya lazat ikan tenggiri
Sampai masa kita pulang
Ilmu pula pelengkap diri
Membeli papan ditengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Harta halal saja dimakan
Dengan iman kuatlah tawakal
Padang
temu padang baiduri
Tempat
raja membangun kota
Bila ilmu sentiasa dicari
Baru beradat tutur kata
Pinang
certak pinang certi
Dihempas
mari atas papan
Orang cerdik membersihkan
hati
Beramal untuk hari hadapan
Rumah
kecil peranannya lima
Tempat
menggulai ikan kerisi
Hiduplah ikut kehendak
agama
Berdakwah pula dengan puisi
Rumah limas anjung selatan
Bunga kemuning tumbuh dilaman
Musuh manusia ialah syaitan
Selamat saja yang beriman
Sisik atap
disambung atap
Atap disisik di dangau padi
Bahagia yang imannya
mantap
Bersama jemaah menabur budi
Tempa kapak besi waja
Hendak tetak kayu berduri
Perintah Allah ikutlah saja
Mudah keredhaannya kita cari
Tumbuh
betik di tepi laman
Pokok
berangan tegak sebatang
Orang baik jadikan teman
Mudah musuh jatuh terlentang
Anak merpati disambar helang
Terbang ketitir di dalam huma
Gelombang kebenaran susah dihalang
Terutama yang berasaskan
agama
Anak merak bersarang di paya
Ayam katik di sawah padi
Jika di akhirat mahu berjaya
Waspadalah terhadap program
Yahudi
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Dis2012
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Dis2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan