Ahad, 9 Disember 2012

MUSIM DURIAN




Musim durian tahun ini
Kurniaan daripada Ilahi
Kerja mungkar dijauhi
Pemimpin rasuah dijauhi
Penjawat Awam yang korup dijauhi
Bila ini disedari
Tanda kenal diri sendiri
Majlis ilmu dihadiri
Bersama anak dan isteri
Hadir disetiap kenduri
Kenduri durian
Tahun ini buah berlebihan
Peniaga durian
Tumbuh macam cendawan
Selepas hujan
55 tahun melalui ujian
Sabar berterusan
Dari Allah menanti balasan
Biar gerombolan perkauman dihancurkan
Ini saja kemudahan
Bagi rakyat Kelantan
Dinafikan hak-hak negeri
Dalam negara Persekutuan
Royalti minyak dinafikan
Lebuhraya Persekutuan juga dinafikan
Tinggal hanya doa kepada Tuhan
Mohon parti penzalim dibinasakan
Diaminkan sewaktu makan durian
Bersama rakan-rakan
Dari Kuliah Dhuha Taman Che Wan
Dari Kelas Dhuha Serati
Dari Kelas Dhuha Jalan Masyarakat
Begitu khusyu’ di hati
Biar pertubuhan pengkhianat cepat mati
Digantikan pimpinan berkualiti
Dari gandingan mantap tiga parti
Kuasa di Putra Jaya akan bertukar ganti
Kenduri durian berikutnya dinanti-nanti
Selagi belum mati


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Dis2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan