Selasa, 11 Disember 2012

DOA BUAT NEGARA YANG KITA CINTAI




Ada orang berdoa
Dalam hati ingin kesejahteraan
Bagi rakyat di sebuah negara Persekutuan
Tentu sekali dengan Al-Quran
Tentu sekali dengan Aqidah
Berteraskan Al-Quran dan Sunnah
Bukan dengan fahaman asobiyah
Bukan dengan songkok tinggi
Bukan dengan ideologi sekularisma
Ini pemikiran lama
Dah 55 tahun rakyat dianiaya
Dengan propaganda media massa
Dikatakan pembela bangsa
Tapi menyalahguna kuasa
Dikatakan pejuang agama
Tapi solat berjemaah pun tiada
Dikatakan pejuang kebangsaan
Tapi bahasa ibunda diketepikan
Dikatakan negara demokrasi
Tapi penuh korupsi
Oleh itu rakyat dah sedar
55 tahun masa beredar
Kena tukar
Tolak yang mungkar
Ganti yang berkebajikan
Melalui Buku Jingga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dis2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan