Isnin, 31 Disember 2012

INGIN KEMBALI KE DUNIA




Bila tiba di akhirat
Bila melihat kesusahan maha hebat
Mula timbul niat jahat
Mahu balik ke dunia
Boleh hadir di PAU
Boleh serang tempat ceramah
Boleh dapat upah
Boleh terima rasuah
Boleh pecah amanah
Biar negara musnah
Asal puashati golongan minah-minah
Boleh hidup mewah
Boleh ’shopping’ di London
Boleh beli beg tangan jenis berharga tinggi
Biar di akhirat rugi
Bila mati
Bila berada di dalam kubur
Wujud tiga golongan
Semua mahu balik ke dunia
Pertama
Golongan musyrikin
Kedua
Golongan munafik
Ketiga
Golongan penyokong tegar
Golongan penyokong mungkar
Golongan penyokong penzalim
Semuanya terlambat
Semuanya melarat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dis2012




Ahad, 30 Disember 2012

SUMPAHAN ALTANTUYA




Altantuya
Orangnya lawa
Cantik dipandang mata
Boleh bertutur berbagai bahasa
Beranak dua
Datang ke Malaysia
Tujuannya dua
Kenalan intimnya pun dua
Pernah makan malam bersama
Lepas itu ke mana?
Dibunuh secara kejam
Sebelum ditembak
Merayu
Kepada dua orang Melayu
”Jangan bunuh aku”
Dalam perut ini ada anak si anu
Tum, tum, tum
Keluar peluru
Tersungkur Altantuya ke tanah
Rakyat Mongolia marah
Doakan perancangan pembunuhan musnah
Inilah badi Altantuya
Membuka ruang ke Putrajaya
Pakatan Rakyat selayaknya
Pengkhianat patut ke penjara
Termasuk
’Raja Muda UMNO”
Ke sana ke mari
Menganjurkan majlis bersumpah
Syaitan pun naik menyampah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dis2012 


 

Sabtu, 29 Disember 2012

PANTUN JADI PEMBANGKANG




1        Burung merpati dari hulu
                   Buah pauh dari Melaka
          Begitu cepat masa berlalu
                   Rugi yang hidup bermuka-muka


2        Elok cepat mencari ubat
                   Supaya penyakit jangan melarat
          Pesalah Hudud boleh disebat
                   Semoga di akhirat tidak melarat


3        Duduk sendiri sambil terkenang
                   Air mata jatuh berlinang
          Jika di akhirat mahu senang
                   Betulkan niat bila berjuang


4        Burung merpati dari Selatan
                   Hinggap sebentar makan padi
          Banyak faedah sokong Pakatan
                   Kepada rakyat ingin berbudi


5        Tidur miring balik terlentang
                   Fikiran datang dari belakang
          Pemerintahan zalim wajib ditentang
                   Kali ini jadilah pembangkang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dis2012



Jumaat, 28 Disember 2012

PANTUN IKUT BIDALAN




1        Benang hitam sangka rambut
                   Sirih pinang siap dikumpul
          Kebaikan Buku Jingga disebut-sebut
                   Ditolak yang otak tumpul


2        Pagar sahaja pagar keliling
                   Pokok kara tiada berbunga
          Lihat penjara mata menjeling
                   Nasib kroni tetap dijaga


3        Orang mengail pengkalan jajar
                   Ambil umpan pergi menjala
          Tindakan samseng tidaklah wajar
                   Jauh sekali mendapat pahala


4        Orang Cina meraut rotan
                   Raut dengan pisau wali
          Rakyat sedar kejahatan syaitan
                   Walaupun beri duit berkali-kali


5        Anak ayam turun sembilan
                   Mati seekor tinggal lapan
          Setip bangsa ada bidalan
                   Mematuhinya cerah masa hadapan


6        Pisau raut perancang kalam
                   Kalau dirancang tiga persegi
          Mari daulatkan ajaran Islam
                   Nescaya di akhirat tidak rugi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dis2012



Khamis, 27 Disember 2012

HIDUP MELAYU




Hidup Melayu
Hidup Cina
Hidup India
Hidup Kadazan
Hidup Iban
Perasaan perkauman naklah dihumban
Busuk macam najis di jamban
Nabi-nabi banyak berkorban
Rasul-rasul banyak berkorban
Akhir Namrud terkorban
Akhir Firaun terkorban
Akhir Abu Jahal terkorban
Melihat malaikat-malaikat berserban
Memberi bantuan
Kepada pasukan Muslim yang beriman
Inilah kenyataan
Allah memiliki kekuatan
Disedari oleh parti syaitan
Ini kalilah
Putrajaya bertukar tangan
BTN ditransformasikan
Dengan kebenaran
Dengan keadilan
Dengan perpaduan rakyat sekelian
Hidup Melayu
Yang hidup ajaran wahyu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dis2012