Sabtu, 13 Oktober 2012
PENGEMIS KAYA
Berita depan Sinar Harian
"Pengemis Kaya"
Ahli politik kaya raya
Terutama yang kuasai Putrajaya
Asalnya
Macam pengemis juga
Minta undi daripada rakyat jelata
Bila dapat kuasa gelap mata
Bila pegang tahta
Minat wanita-wanita jelita
Dalam internet banyak cerita
Memuaskan nafsu sepuas-puasnya
Lupa pantang larang agama
Dosa belakang kira
Media massa diam saja
Dilaporkan pula
Pengemis simpan RM15,000 bawah katil
Dalam simpanan bank RM60,000
Satu dalam seribu
Ahli politikus pula beribu-ribu
Kaya daripada hasil komisen
Kaya daripada hasil rasuah
Kaya daripada hasil pecah amanah
Suasana ini perlu diubah
Mulai di Sabah
Penzalim akan rebah
Pengkhianat akan rebah
Didoakan depan Kaabah
Semoga dimakbulkan Allah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Okt2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan