Burung pipit
terbang seribu
Hinggap diranting hampir
patah
Hebat ceramah Mat Sabu
Mendengarnya musuh politik
melatah
Buka kedai datuk penghulu
Tempat sembahyang tepi kolam
Menipu rakyat dibuat selalu
Berpolitik tapi tolak Islam
Anak jawa menangkap ikan
Ambil tudung tutup kepala
Rezeki halal saja dimakan
Bila beramal dapat pahala
Tarik dayung sorong dayung
Dayung direntap sebelah kiri
Pemabuk kuasa berjalan
terhuyung-hayang
Sedar kesalahan diri sendiri
Tetak buluh panjang sepuluh
Boleh bikin damak sumpitan
Bila kekayaan jadi penyuluh
Jalan cepat serang Pakatan
Kayu pala kayu dirakit
Buah durian belah pangsanya
Hilang jawatan hatipun sakit
Kerajaan Perpaduan tiket
kayaraya
Perahu kecil sampan kolek
Sarat muat ubi keladang
Bila jemaah Islam terbalik
Puaslah hati
yang meradang
Rotan
segulung depan pintu
Ditetak
orang anak beranak
Apa tanda
otak kalkatu
Mahu
kehidupan yang enak-enak
Limau purut dalam serkap
Gala
kelulut dalam perigi
Parti
asobiyah memasang perangkap
Terjerat
yang bercita-cita tinggi
Anak buaya
di tepi sumur
Mati
ditikam si batang besi
Beribadatlah
selagi ada umur
Baru
tercapai cita-cita reformasiHMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Okt2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan