Berenang ikan dalam paya
Datang
ular terus dimakan
Sepuluh Zulhijjah kita berhariraya
Selepas solat lembu
dikorbankan
Dalam paya tumbuh teratai
Bila berbuah warnanya hijau
Kelemahan umat musuh intai
Rosak aqidah mudah tersasau
Warna hijau di sana sini
Jelas kelihatan di tepi
lebuhraya
Orang beriman sentiasa berani
Bantuan Allah kena percaya
Lebuhraya utara dan selatan
Penuh sesak dengan kenderaan
Lemah nampaknya parti syaitan
Dari kuasa kumpul kekayaan
Kenderaan ada berbagai jenis
Penuh sesak musim perayaan
Bila amalan terasa manis
Tanda di akhirat mendapat kejayaan
Manis rasa buah mempelam
Boleh dibeli di pasar tani
Dengan dakwah berkembanglah Islam
Dengannya wujudlah masyarakat
madani
Waktu petang masuk reban
Kebiasaan ayam dan itik
Pemerintah zalim boleh dikorban
Bila Melayu bijak berpolitik
Ahli sufi memakai serban
Berzikir siang dan malam
Diucapkan selamat hariraya korban
Semoga
berkuasalah jemaah IslamHMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Okt2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan